
Promosi; MYDIN Istimewa raya kepada pengguna Shopee
KUALA LUMPUR,. Sempena sambutan Syawal tidak lama lagi, Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) terus menawarkan keseronokan dan kegembiraan kepada pengguna Shopee melalui Istimewa Raya MYDIN di Shopee dengan pelbagai tawaran istimewa dan diskaun hebat.
Kempen yang mengambil tema “Senyuman Syawal, Lebih Murah, Lebih Meriah” menjanjikan tawaran penjimatan kepada rakyat Malaysia dan mereka boleh mengatur perbelanjaan secara bijak bagi sambutan hari raya yang lebih meriah dan bermakna.
Pengguna Shopee boleh mendapatkan tawaran barangan keperluan Aidilfitri ini antaranya barangan keperluan dapur dan memasak, pakaian, aksesori, biskut raya serta perhiasan rumah di aplikasi MYDIN di Shopee.
Bagi menambahkan lagi kemeriahan dan keseronokan Syawal ini, kempen itu turut menawarkan baucar yang mempunyai tempoh masa dan rebat “special coins” bagi penjimatan lebih berganda kepada pengguna aplikasi tersebut.
Pelanggan juga boleh menikmati 12 peratus diskaun and 800 mata maksimum dengan setiap pembelian bernilai RM50 dan ke atas sepanjang 27 April.
Selain daripada itu, enam pelanggan yang berbelanja dengan nilai tertinggi pada hari tersebut bakal mendapat kotak barangan IKS yang berisi barangan tempatan pilihan MYDIN bernilai RM115.
Dalam pada itu, mengambil kira jumlah kunjungan pengguna yang meningkat di platform tersebut terutamanya ketika Ramadan dan menjelang sambutan Syawal, MYDIN turut menaik taraf sistem pengurusan kepada Dropee Multi-channel Ecommerce dan AC2’s Wave Warehouse Management System (WMS) bagi memastikan kecekapan dan memberikan keselesaan kepada pengguna terutamanya pada waktu kemuncak.
Kempen Senyuman Syawal MYDIN juga mengajak semua masyarakat untuk berkongsi rezeki kepada golongan yang memerlukan terutamaya ketika musim perayaan dengan membeli Kotak Kombo Raya yang berharga RM50 sehingga RM80 bagi meringankan perbelanjaan persiapan sambutan Syawal mereka.