PRU15: ‘Wakil Komuniti’ akan dilantik untuk tangani kebajikan masyarakat India di Alor Gajah – Pak Wan

PRU15: ‘Wakil Komuniti’ akan dilantik untuk tangani kebajikan masyarakat India di Alor Gajah – Pak Wan

ALOR GAJAH – Wakil komuniti akan dilantik untuk berkhidmat tangani isu masyarakat India menurut kata janji yang disampaikan oleh Calon Perikatan Nasional P135 Alor Gajah Datuk Redzuan Yusof.

Beliau yang dikenali sebagai Pak Wan berkata demikian semasa menghadiri sesi Malam Irama Deepavali Bersama masyarakat India di Rembia.

Wakil Komuniti India ini akan dilantik berkerja bersama Pak Wan di Pejabat Parlimen untuk membantu tangani pelbagai isu dan kebajikan yang dihadapi seperti membaiki rumah, menguruskan tempat ibadat dan memastikan anak-anak mendapat perkhidmatan bas percuma.

Tambah beliau, golongan warga emas yang memerlukan bantuan kesihatan percuma turut akan diberikan.

Parlimen Alor Gajah menyaksikan pertembungan empat penjuru pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Empat calon yang akan bertanding adalah Shahril Hamdan dari Barisan Nasional (BN); Muhammad Nazriq Abdul Rahman dari Gerakan Tanah Air (GTA); Adly Zahari dari Pakatan Harapan (PH) dan Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusoff dari Perikatan Nasional (PN).

–RP

 

 

 

CATEGORIES
TAGS
Share This