Raikan Deepavali Dengan Menu Istimewa Daripada The Chicken Rice Shop

Raikan Deepavali Dengan Menu Istimewa Daripada The Chicken Rice Shop

‘Delightful Koli’, tersedia dalam tiga set berbeza untuk memenuhi permintaan yang pelbagai dan menampilkan hidangan yang mencerminkan intipati masakan kaum India.

Sempena meraikan Deepavali yang kian menjelang, The Chicken Rice Shop (TCRS) teruja melancarkan menu baharu mereka yang sangat dinanti-nantikan, ‘Delightful Koli’.

Menu ini boleh didapati di cawangan TCRS di seluruh negara sehingga 19 November 2023.

Deepavali, atau Pesta Cahaya adalah masa untuk menyambut perayaan bersama keluarga dan menunjukkan rasa kesyukuran. Apakah cara yang terbaik untuk memberikan penghargaan buat mereka yang menerangi kehidupan?

Pastilah dengan berkongsi hidangan yang memikat citarasa yang tersayang. Dengan pelancaran menu ‘Delightful Koli’, TCRS berhasrat untuk menyatukan keluarga dan rakan-rakan dengan menyebarkan kegembiraan, supaya mereka dapat berkumpul bersama menikmati hidangan yang mempesonakan.

Tersedia dalam tiga set berbeza untuk memenuhi permintaan yang pelbagai, menu masa terhad ini menampilkan hidangan yang mencerminkan intipati masakan kaum India dengan sentuhan istimewa TCRS.

Dihasilkan dengan teliti untuk mencipta kenangan gastronomi yang tidak dapat dilupakan, hidangan ayam istimewa ini disediakan dengan menggunakan adunan rempah untuk menghasilkan perisa menyelerakan yang berteksturkan kari pekat.

Sekali pandang ia bagaikan hidangan kari hijau dari Thailand, tetapi kuahnya lebih pekat. Sebaik disuap ke mulut, kehadiran rempah kari terus dapat dirasa. Jika anda tidak suka dengan menu pedas, jangan bimbang, menu Delightful Koli ini tidak pedas sama sekali.

Boleh dimakan begitu sahaja atau dinikmati bersama hidangan nasi ayam.

Mengulas tentang pelancaran menu perayaan ini, Ketua Pegawai Eksekutif TCRS Restaurants Sdn Bhd, Wong Kah Yong memberitahu pihaknya berasa teruja dan berbesar hati untuk memperkenalkan pengalaman kulinari khas yang menggabungkan tradisi masakan kaum India dengan sentuhan unik TCRS.

“Di TCRS, kami percaya bahawa budaya makan bersama dapat mengeratkan hubungan antara manusia dan inilah masa yang paling sesuai untuk meraikan semangat perpaduan.

“Pelancaran menu istimewa ini adalah cara kami menyebarkan kegembiraan dan melahirkan rasa terima kasih kepada pelanggan setia kami sempena sambutan musim perayaan ini,” ujar Kah Yong.

Raikan Deepavali yang penuh kemeriahan dengan TCRS, dan nikmati menu ‘Delightful Koli’ yang menjanjikan kegembiraan dan pengalaman kulinari yang tidak dapat dilupakan.

“Menu ‘Delightful Koli’ mencerminkan komitmen TCRS untuk menawarkan pengalaman pemakanan yang pelbagai dan menarik untuk pelanggan kami.”

“Kami berharap menu ini bukan sahaja memenuhi citarasa pengunjung malah mengeratkan lagi ikatan kasih bersama dan mencetuskan rasa kesyukuran sempena sambutan yang penuh makna ini. Kami menjemput semua untuk menikmati menu berkhasiat ini dan mencipta kenangan terindah bersama yang tersayang,” kata Kah Yong.

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan Deepavali TCRS bersama keluarga dan rakan-rakan! Kunjungilah cawangan TCRS terdekat anda untuk merasakan kelazatan yang pasti menggiurkan.

Untuk maklumat lanjut mengenai menu Delightful Koli, sila layari www.thechickenriceshop.com atau halaman Facebook https://www.facebook.com/thechickenriceshop/.

– Getaran, 2023

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )