
Rangkaian 5G Kedua: Fahmi minta hormat keputusan SKMM
KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menggesa semua pihak menghormati keputusan melantik U Mobile Sdn Bhd (U Mobile) sebagai penyedia rangkaian 5G kedua Malaysia.
Menurutnya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjalankan penilaian sewajarnya terhadap proses pembidaan sebelum membuat keputusan.
Tegasnya, pelantikan syarikat penggunaan rangkaian 5G kedua dibuat atas dasar tadbir urus yang baik dan bukan peruntukan langsung.
Dan ini bukan kontrak, ia tidak melibatkan dana awam, ia tidak melibatkan dana kerajaan untuk rangkaian 5G kedua, katanya.