Rayuan Peguam Negara Dalam Isu Titah Adendum: Nasib Ditentukan 28 April

Rayuan Peguam Negara Dalam Isu Titah Adendum: Nasib Ditentukan 28 April

PUTRAJAYA – Permohonan Peguam Negara untuk merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang memihak kepada Datuk Seri Najib Razak akan diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan pada 28 April ini.

Permohonan itu berkaitan usaha Najib untuk mendapatkan semakan kehakiman berhubung Titah Adendum, yang didakwa memperkenankan beliau menjalani baki hukuman penjara secara tahanan rumah.

Perkara tersebut dibentangkan di hadapan panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim, yang turut mendengar hujahan daripada Peguam Negara, Mohd Dusuki Mokhtar, dan peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Sekiranya rayuan dibenarkan, perbicaraan penuh akan diadakan untuk mendengar hujah merit semua pihak.

Najib sebelum ini menamakan tujuh responden termasuk Menteri Dalam Negeri, Komisioner Penjara, Peguam Negara, dan Kerajaan Malaysia dalam permohonannya yang menuntut pengesahan terhadap Titah Adendum berkenaan.

gerbangpost.com

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )