HomeFeaturedBerita Semasa

Remaja lelaki ditahan disyaki ugut bunuh rakan sekolah

KUALA LUMPUR,. Polis menahan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang disyaki membuat ugutan bunuh terhadap rakan sekolahnya di Gombak di sini, sem

Polis minta bantuan kesan remaja hilang di Bentong
Suami isteri direman tujuh hari bantu siasatan kes dera kanak-kanak
Warga emas ditahan bantu siasatan kes langgar lari tiga pejalan kaki

KUALA LUMPUR,. Polis menahan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang disyaki membuat ugutan bunuh terhadap rakan sekolahnya di Gombak di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata remaja terbabit ditahan selepas polis menerima laporan daripada bapa kepada mangsa yang berusia 14 tahun.

Beliau berkata siasatan mendapati pelajar Tingkatan Tiga tersebut membuat panggilan video kepada mangsa bagi meminta wang dan dipercayai membuat ugutan bunuh dengan menunjukkan parang.

“Siasatan dijalankan mengikut Sekyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata remaja terbabit dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

— BERNAMA