Ribut petir, hujan lebat di tiga negeri hingga tengah hari ini – MetMalaysia

HomeFeaturedBerita Semasa

Ribut petir, hujan lebat di tiga negeri hingga tengah hari ini – MetMalaysia

KUALA LUMPUR,. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir serta hujan lebat di beberapa kawasan di Pulau Pinang, Saraw

Ribut petir, hujan lebat dijangka landa hampir semua negeri hingga 7 malam ini
Hujan lebat, ribut petir di lima negeri termasuk Sarawak hingga 7 malam
Hujan lebat, angin kencang di lapan negeri dan KL di jangka sehingga 6 petang ini – MetMalaysia

KUALA LUMPUR,. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir serta hujan lebat di beberapa kawasan di Pulau Pinang, Sarawak dan Sabah hingga tengah hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan dikeluarkan 9 pagi memaklumkan kawasan terlibat ialah Barat Daya dan Timur Laut di Pulau Pinang serta Subis dan Miri di bahagian Miri, Sarawak.

Di Sabah, amaran sama melibatkan Tawau, Semporna, Kalabakan dan Kunak.

“Ribut petir dan hujan lebat dijangka di kawasan berkenaan hingga 12 tengah hari,” menurut kenyataan itu.

Dalam kenyataan berasingan, MetMalaysia memaklumkan Ribut Tropika SAUDEL kira-kira 199 kilometer dari Timur Wenchang, China tidak membawa kesan signifikan terhadap Malaysia.

–BERNAMA