Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR,. Ringgit susut semula daripada kenaikan yang dicatatkan pada minggu lepas untuk dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini.

Ini berikutan aktiviti pengambilan untung sederhana memandangkan minat pelabur kini beralih kepada mata wang selamat, kata peniaga.

Pada 9.40 pagi, ringgit susut kepada 4.0550/0600 berbanding dolar AS daripada 4.0520/0560 ketika ditutup pada Jumaat.

Peniaga berkata dolar AS mencatatkan prestasi menggalakkan pada Isnin, meningkat berbanding kebanyakan mata wang selepas data ekonomi menunjukkan ekonomi negara maju itu lebih kukuh, justeru mengurangkan jangkaan terhadap pengurangan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan.

Keseluruhannya, ringgit diniagakan tinggi kebanyakannya berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0102/0143 daripada 3.0108/0149 ketika ditutup pada Jumaat, namun susut berbanding yen Jepun kepada 3.6807/6855 daripada 3.6776/6816.

Ringgit naik berbanding euro kepada 4.4994/5054 daripada 4.5083/5139 minggu lepas dan mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.2723/2796 daripada 5.2895/2963.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )