Ringgit dibuka tinggi pagi ini

KUALA LUMPUR,. Ringgit dibuka tinggi hari ini berbanding dolar US susulan sentimen pemulihan ekonomi yang positif di seluruh dunia, terutamanya di pasaran pesat membangun (EM) di Asia.

Pada 9 pagi, ringgit diniagakan pada 4.0470/0520 berbanding 4.0530/0560 sewaktu ditutup semalam.

Penganalis berkata ringgit meningkat selepas penanda aras minyak mentah Brent mencatatkan kenaikan semalaman susulan jualan dan output runcit China yang melonjak kukuh.

“Ini telah menyebabkan aliran meningkat terhadap EM Asia yang lain termasuk ringgit berikutan AS dan beberapa kawasan di Eropah mengenakan perintah berkurung yang lebih ketat pada musim cuti untuk membendung penularan kes COVID-19,” katanya.

Beliau berkata mata wang itu turut didorong oleh berita menggembirakan mengenai vaksin oleh Pfizer/BioNTech, serta Moderna yang merangsangkan lagi keyakinan pasaran pada 2021.

Bloomberg melaporkan China bergerak lebih maju berbanding negara-negara utama lain pada November berikutan output dan runcit perindustrian yang lebih kukuh, sekali gus menguatkan jangkaan pertumbuhan yang sihat pada 2021.

Pengeluaran industri meningkat tujuh sen pada November berbanding setahun sebelum ini, manakala jualan runcit naik lima peratus dalam tempoh itu.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0362/0411 daripada 3.0369/0396 namun susut berbanding pound Britain kepada 5.4388/4459 daripada 5.3966/4026 sewaktu ditutup pada Selasa.

Ringgit naik berbanding euro kepada 4.9167/9240 daripada 4.9272/9321 namun turun berbanding yen Jepun kepada 3.9030/9086 daripada 3.8949/8989 sebelum ini.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )