Ringgit diniagakan secara sederhana berbanding Dolar AS minggu depan

Ringgit diniagakan secara sederhana berbanding Dolar AS minggu depan

KUALA LUMPUR,. Ringgit dijangka diniagakan secara sederhana minggu depan dan didorong oleh faktor luaran dalam persekitaran kebimbangan semakin meningkat terhadap penularan COVID-19 akan mengekang minat risiko pelabur, kata peniaga.

Penganalisis Pasaran FXTM Han Tan berkata data ekonomi tier-1 yang hilang dari kalendar domestik untuk minggu hadapan, faktor yang telah ditetapkan adalah untuk memegang kepada prestasi yang utama dalam pencapaian ringgit.

“Dengan dolar yang melebihi ringgit kelihatan sedikit kedudukan terlebih beli, beberapa kesederhanaan boleh dilihat pada minggu akan datang, walaupun pasangan mata wang dijangka kekal disokong melebihi RM4.20 per dolar pada tahap psikologi, menghalang sebarang sentimen kejutan.

Bagaimanapun, satu lagi gelombang penghindaran risiko, ditambah pula dengan penurunan harga minyak, boleh menyebabkan dolar dan ringgit melepasi tahap psikologi iaitu RM4.30 setiap dolar untuk kali pertama sejak Julai 2017,” katanya kepada Bernama hari ini.

Han berkata permintaan pasaran bagi aset dolar dalam tempoh penghidaran risiko yang semakin meningkat dijangkakan oleh tinjauan ekonomi Amerika Syarikat yang dianggap berada dalam keadaan yang lebih baik berbanding dengan negara-negara membangun yang lain.

“Dolar yang kukuh dijangka akan menghadkan kenaikan untuk mata wang Asia sehingga sentimen risiko boleh hilang melalui kembimbangan sekitar COVID-19,” katanya.

Bagi minggu yang baru berakhir, unit tempatan ditutup rendah berbanding dolar AS pada 4.2750/2800 berbanding 4.1700/1750 pada Jumaat minggu lepas.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, mata wang tempatan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama.

Ringgit turun berbanding dolar Singapura kepada 3.0360/0406 daripada 3.0222/0267 pada minggu sebelumnya dan rendah berbanding yen Jepun kepada 4.0228/0279 daripada 3.9643/9701.

Unite tempatan merosot berbanding euro kepada 4.7730/7790 berbanding 4.7088/7161, tetapi melonjak berbanding pound Britain kepada 5.3822/3902 daripada 5.4156/4237 sebelumnya.

— BERNAMA

Oleh Azlee Nor Mahmud

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )