RKMAT: 8,852 unit khusus bagi warga ATM

RKMAT: 8,852 unit khusus bagi warga ATM

KUALA LUMPUR,. Kerajaan akan membina kira-kira 10,200 unit Rumah Keluarga Malaysia Angkatan Tentera (RKMAT) dan kuarters Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata daripada jumlah itu 8,852 unit khusus untuk anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi perancangan lima tahun.

“1,509 unit RKMAT sudahpun dalam proses pembinaan, manakala 7,343 unit lagi sedang dalam proses perolehan,” katanya ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Rumah Keluarga Malaysia Angkatan Tentera (RKMAT) hari ini.

Beliau berkata dengan perasmian 2,000 unit RKMAT hari ini, ia telah memenuhi 85 peratus keperluan anggota ATM di Lembah Klang.

– Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)