
Saji Eratkan Hubungan dengan Pengguna Melalui Filem Raya ‘Nas Si Goreng’
KUALA LUMPUR – Menerusi filem raya Nas Si Goreng, jenama Saji tampil memperkukuh hubungan emosinya bersama pengguna dengan mengetengahkan kisah kasih ibu yang merentasi masa dan kehilangan.
Cerita yang diilhamkan daripada realiti kehidupan ini menjadi refleksi kepada peranan makanan sebagai medium penghubung antara memori, kasih sayang dan keutuhan keluarga.
“Saji bukan sekadar jenama dapur, tapi satu simbol kasih dalam setiap hidangan rakyat Malaysia,” kata CEO Delima Oil Products, Shammim Azad Kamruzaman.
Filem ini boleh ditonton di platform media sosial rasmi Saji dan dijangka menyentuh hati ramai sempena lebaran akan datang.