KUALA LUMPUR, 2026 – Kejohanan Salaam Movement Padel Edition 2026 baru sahaja melabuhkan tirainya di JPC. Acara ini bukan sekadar pertandingan padel b
KUALA LUMPUR, 2026 – Kejohanan Salaam Movement Padel Edition 2026 baru sahaja melabuhkan tirainya di JPC. Acara ini bukan sekadar pertandingan padel biasa, tetapi merupakan platform untuk komuniti berkumpul atas semangat “Play with Purpose”.
Sepanjang dua hari tersebut, aksi padel berjalan tanpa henti dari jam 8 pagi hingga 10 malam—iaitu selama 28 jam penuh intensiti di gelanggang. Kejohanan ini menyaksikan persaingan sengit daripada 192 peserta yang membentuk 96 kumpulan dalam kategori Lelaki, Wanita, dan Campuran. Semua pemain telah memberikan yang terbaik dalam tiga tahap persaingan: Gold, Silver, dan Bronze
Selaras dengan etika jenama Salaam Cola, kami percaya pada konsep memberi semula kepada masyarakat. Setiap program yang dianjurkan bukan hanya tentang persaingan, tetapi tentang bagaimana kita boleh membawa impak positif kepada orang sekeliling melalui gaya hidup sihat dan menyumbang kepada masyarakat.
Pilihan Lebih Sihat Untuk Sukan Kejohanan ini dijayakan sepenuhnya oleh Salaam Cola Seriously No Sugar. Sebagai alternatif cola yang lebih sihat dan tanpa gula, ia adalah pilihan tepat buat atlet dan mereka yang aktif untuk kekal segar tanpa kompromi pada kesihatan.
Kejohanan kali ini terasa lebih istimewa kerana diadakan di JPC, sebuah pusat padel yang dimiliki sepenuhnya oleh usahawan Muslim tempatan. Kerjasama ini membuktikan sokongan padu Salaam Movement terhadap ekosistem perniagaan Bumiputera yang semakin berkembang dalam industri sukan padel.
Visi komuniti ini turut dijayakan bersama rakan-rakan yang sentiasa menyokong:
● Selangor Padel Association
● Sapura Secured Technologies
● Volan
● DEFY Training
● Kampong Kravers & Fennel & Co
● Tanamera Coffee Malaysia
● Fennel & Co.
● Tots & All
● SiS (Science in Sport)
● Courtsync Live
Senarai Pemenang: GOLD:
GOLD:
Men’s Gold
1st Place – Raad & AmJ
2nd Place – Lucas Shak & Antoine Chaboud
3rd Place: Max & Jeremy
Mixed Gold
1st Place – Bryan & Sharmilee
2nd Place – Marvind & Hajar
3rd Place – AmJ & Jasmine
(Tiada kategori Gold Wanita)
SILVER:
Men’s Silver
1st Place – Amirul & Adam
2nd Place – Fauzan & Faiq
3rd Place – Hafiz & Aql
Women’s Silver
1st Place – Nadia Syafiq & Hanim
2nd Place – Fox & Sabrina
3rd Place – Natasha & Suan
Mixed Silver
1st place – Hani & Khuhan
2nd place – Nadia Syafiq & Adrian
3rd Place – Faz & Angeline
BRONZE:
Men’s Bronze
1st place – Veekash & Nazran
2nd place – Jordan & Q
3rd Place – Zaheed & Faiz
Women’s Bronze
1st place – Amiza & Daryl
2nd place – Farah & Natasya
3rd Place – Dhia & Aisya
Mixed Bronze
1st Place – Amee & Keshdeep
2nd Place – Qallishah & Rangga
3rd Place – Matt & Freida
Mengenai Salaam Cola:
Diasaskan di UK oleh Puan Aykiz Shah, seorang ibu Muslim, jenama kola ini dibina atas nilai moral yang lebih baik. Lebih 4 bilion tin telah terjual di 31 buah negara, dengan hasil pendapatan RM54 juta dalam masa 2 tahun. Sebanyak RM3.2 juta telah disumbangkan kembali kepada komuniti yang memerlukan. Minuman kola di mana kebajikan insan diutamakan.
Mengenai Salaam Movement:
Salaam Movement adalah satu inisiatif yang dibina atas dasar tanggungjawab sosial. Kami mahu setiap acara yang kami anjurkan menjadi ruang untuk kami memberi semula kepada komuniti. Melalui konsep “Play with Purpose,” matlamat kami mudah: menggalakkan gaya hidup aktif sambil memastikan setiap usaha kami membawa kebaikan dan manfaat kepada masyarakat sekeliling.
-ANT

