Sasar penampilan Olimpik keenam, Mohd Azizulhasni tekad pahat legasi di LA2028

HomeFeaturedSukan Dan Kesihatan

Sasar penampilan Olimpik keenam, Mohd Azizulhasni tekad pahat legasi di LA2028

KUALA LUMPUR,. Jaguh berbasikal trek kebangsaan Datuk Mohd Azizulhasni Awang menegaskan bahawa misinya untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik Los Ange

Warga Malaysia di perantauan bimbang perang jejas perancangan balik beraya
Qatar nafi laporan Israel tentang tindakan ketenteraan terhadap Iran
SURUHANJAYA PARLIMEN IRAN LULUS PENALTI KEPADA KAPAL LANGGAR UNDANG-UNDANG HORMUZ

KUALA LUMPUR,. Jaguh berbasikal trek kebangsaan Datuk Mohd Azizulhasni Awang menegaskan bahawa misinya untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA2028) bukan lagi tentang menebus kekecewaan lepas, sebaliknya untuk memahat legasinya sebagai penutup kerjaya yang terbaik.

Pelumba berusia 38 tahun yang menyasarkan penampilan keenamnya di pentas Olimpik itu berkata beliau enggan berfikir terlalu jauh atau membebankan dirinya dengan janji membawa pulang pingat emas, sebaliknya lebih selesa mengambil pendekatan “selangkah demi selangkah”, dengan menumpukan sepenuhnya kepada proses kelayakan terlebih dahulu.

Mengimbau kembali jangkaan dan pengajaran yang diperoleh daripada Sukan Olimpik Paris 2024, Mohd Azizulhasni berkata tumpuannya kini ialah semata-mata untuk memberikan penamat kerjaya yang selayaknya, mengikut laluannya sendiri.

“Tetapi saya rasa jika anda bertanya kepada saya, sekarang ini Olimpik adalah tentang memahat legasi saya. Harapannya menjadi edisi keenam saya dan saya rasa saya nak cari penutup yang terbaik untuk diri, apa jua keputusannya,” katanya kepada pemberita, di sini, malam tadi.

Mengulas lanjut tentang apa yang mendorongnya untuk membatalkan persaraan, pemenang pingat emas Sukan Komanwel dan Sukan Asia 2026 itu menjelaskan bahawa, beliau merasakan urusannya masih belum selesai selepas dinafikan peluang untuk mempamerkan prestasi sebenar di Paris.

“Di Paris tu saya tak dapat nak berlumba betul-betul, tak dapat untuk tonjolkan keseluruhan prestasi saya. Sebab itu lepas saya buat keputusan untuk bersara, setiap hari saya bangun… rasa macam ada sesuatu yang tidak selesai dan sebab itu saya buat kemunculan semula,” katanya.

Menyentuh tentang persediaannya susulan ketiadaan Ketua Jurulatih Kebangsaan John Beasley, Mohd Azizulhasni berkata walaupun beliau telah menguruskan program latihannya sendiri di Melbourne sejak pembedahan jantungnya, namun kempen Olimpik tidak boleh dilakukan secara bersendirian.

“Untuk pergi ke Olimpik, sudah tentu tak boleh buat sendiri. Ia bukan perjalanan solo. Masih perlukan satu pasukan di belakang saya juga,” katanya sambil menyatakan bahawa beliau sedang giat bertemu penaja korporat yang berpotensi, bagi merangka kempen profesional menjelang Disember.

Terdahulu, Mohd Azizulhasni menerima insentif kira-kira RM180,000 di bawah Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM), bagi pencapaian pingat emasnya di Sukan Komanwel dan Sukan Asia.

Sambil menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN), dan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), beliau menasihati pelumba muda agar sentiasa melihat insentif sedemikian sebagai motivasi luaran dan mengutamakan kebanggaan serta pencapaian untuk negara lebih daripada segalanya.

— BERNAMA