“Saya Ditahan Ketika Pergi dan Balik di KKIA” – Ahmad Samsuri Cerita Insiden Tular

“Saya Ditahan Ketika Pergi dan Balik di KKIA” – Ahmad Samsuri Cerita Insiden Tular

KUALA LUMPUR — Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar akhirnya tampil mengesahkan bahawa gambar dirinya duduk di sebuah kerusi di lapangan terbang yang tular baru-baru ini adalah benar dan berlaku ketika beliau ‘ditahan sementara’ di KKIA, Sabah.

Menteri Besar Terengganu itu berkata, insiden tersebut berlaku pada 6 dan 7 April lalu, sewaktu beliau tiba dan kemudian berlepas pulang dari Sabah. Kedua-dua kali, beliau mengalami situasi “pull aside on hold” oleh pihak keselamatan yang memerlukan pelepasan khas daripada polis cawangan khas sebelum dibenarkan bergerak.

“Gambar itu diambil ketika saya hendak pulang, mungkin oleh orang awam yang kebetulan berada di situ,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp.

Ahmad Samsuri sebelum ini mendedahkan dirinya diletakkan di bawah pemantauan pihak berkuasa sejak pertengahan tahun lalu, namun Ketua Polis Negara menafikan dakwaan bahawa beliau berstatus individu berisiko, apatah lagi dimasukkan dalam senarai SPK.

gerbangpost.com

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )