Sektor pembinaan meningkat 42.6 peratus tahun ke tahun pada suku kedua, tertinggi sejak 2012

Sektor pembinaan meningkat 42.6 peratus tahun ke tahun pada suku kedua, tertinggi sejak 2012

KUALA LUMPUR,. Sektor pembinaan Malaysia mencatatkan peningkatan 42.6 peratus pada suku kedua 2021 tahun ke tahun kepada RM28.2 bilion, pertumbuhan tertinggi direkodkan sejak suku kedua 2012 disebabkan kesan asas yang rendah pada tahun lepas.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia dalam satu kenyataan hari ini, subsektor aktiviti pertukangan khas memacu pertumbuhan yang lebih tinggi pada 75.0 peratus pada suku kedua 2021 berbanding suku yang sama tahun lepas

Manakala tiga subsektor lain, iaitu kejuruteraan awam, bangunan bukan kediaman dan bangunan kediaman masing-masing menunjukkan pertumbuhan 59.5 peratus, 37.0 peratus dan 18.0 peratus berbanding suku tahun yang sama pada 2020.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata nilai kerja pembinaan didominasi oleh subsektor kejuruteraan awam sejak suku keempat 2015 dengan sumbangan 40.7 peratus.

Ini diikuti bangunan bukan kediaman (28.2 peratus), bangunan kediaman (22.6 peratus) dan aktiviti pertukangan khas (8.6 peratus).

Beliau berkata sektor swasta terus mendorong pertumbuhan aktiviti pembinaan dengan menyumbang 53.7 peratus atau RM15.2 bilion daripada jumlah nilai kerja pembinaan berbanding dengan sektor awam yang menyumbang 46.3 peratus nilai kerja pembinaan (RM13.1 bilion).

Pada separuh tahun pertama 2021, nilai kerja pembinaan mencatatkan RM59.6 bilion dengan pertumbuhan 8.7 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas.

— Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )