Sekurang-kurangnya 61 wartawan terbunuh di Gaza sejak 7 Okt

Sekurang-kurangnya 61 wartawan terbunuh di Gaza sejak 7 Okt

MOSCOW: Jumlah wartawan dan petugas media yang terkorban sejak konflik Palestin-Israel meletus pada 7 Okt lepas kini mencecah seramai 61 orang, menurut kenyataan Jawatankuasa Melindungi Wartawan (CPJ), lapor Sputnik.

“Pada 1 Dis, laporan awal CPJ mendapati daripada seramai 16,000 orang yang terbunuh sejak peperangan bermula pada 7 Okt lepas, termasuk sekurang-kurangnya 61 wartawan dan petugas media,” menurut CPJ.

Pada 7 Okt sahaja, enam wartawan maut manakala pada 18 Nov lima dilaporkan terbunuh.

-Bernama

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )