Selamat Hari Muzium Antarabangsa 2020 – Nancy Shukri

Selamat Hari Muzium Antarabangsa 2020 – Nancy Shukri

18 Mei merupakan tarikh yang amat bermakna kepada komuniti muzium dan pencinta sejarah di seluruh dunia. Lazimnya, pada hari ini, pelbagai program dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran awam mengenai peranan muzium sebagai cermin identiti dan budaya, termasuk sebagai ejen pembangunan masyarakat. Di Malaysia, acara khas sambutan HMA Peringkat Kebangsaan pada tahun ini telahpun dirancang di Pulau Pinang tetapi terpaksa dibatalkan sebagai mematuhi PKPB bagi mencegah wabak Covid-19 yang dihadapi ketika ini.

Meskipun sambutan Hari Muzium pada kali ini berbeza, namun di sebalik itu, saya bangga dengan inisiatif yang diambil pihak muzium yang mempergiatkan pelbagai program menarik secara atas talian untuk terus kekal berhubung dengan orang ramai. Satu daripadanya ialah perkongsian oleh kurator kita menerusi program ‘Tanya Kurator’ secara live di FB Jabatan Muzium Malaysia. Alhamdulillah, ramai yang menyertainya.

Oleh itu, di sebalik krisis ini, marilah kita menggunakan peluang dengan membangunkan infrastruktur digital bagi memberi pengalaman yang baharu dan inovatif kepada pengunjung muzium.

Jadi, sempena Hari Muzium pada hari ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Muzium kepada anda semua.

Walaupun kita tidak dapat melawat muzium kali ini, saya percaya anda mesti pernah mengambil gambar di muzium ketika kunjungan anda yg lalu. Kongsilah gambar serta kenangan manis anda itu kepada semua.

Let’s lit up our museums.

Selamat Hari Muzium Antarabangsa 2020.

“Muzium untuk Kesaksamaan: Kepelbagaian dan Keterangkuman”

“Museum for Equality: Diversity and Inclusion”.

#SelamatHariMuzium

YB DATO’ SRI HAJAH NANCY SHUKRI
Menteri Pelancongan, Kesenian Dan Kebudayaan

 

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )