SEMUA SYARIKAT PENERBANGAN IRAN HENTI OPERASI DI SELURUH DUNIA MULAI 23 SEPT – AS

HomeFeaturedBerita Semasa

SEMUA SYARIKAT PENERBANGAN IRAN HENTI OPERASI DI SELURUH DUNIA MULAI 23 SEPT – AS

ISTANBUL,. Semua syarikat penerbangan komersial Iran akan menghentikan operasi di seluruh dunia mulai Rabu, kata Setiausaha Perbendaharaan Amerika Sya

542 anggota Polis Selangor bertugas pastikan kelancaran trafik sempena Aidilfitri
KELAHIRAN DI JEPUN MENINGKAT 0.8 PERATUS PADA JANUARI-JUN, PERTAMA DALAM 11 TAHUN
Why your weather channel never works out the way you plan

ISTANBUL,. Semua syarikat penerbangan komersial Iran akan menghentikan operasi di seluruh dunia mulai Rabu, kata Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) Scott Bessent pada Isnin, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Pada 23 Sept, semua syarikat penerbangan Iran akan menghentikan operasi di seluruh dunia,” kata Bessent kepada rangkaian televisyen AS CNBC ketika menjelaskan sekatan sekunder meluas yang bertujuan mengasingkan rangkaian penerbangan awam Tehran.

Bessent menjelaskan bahawa hab antarabangsa yang memberikan perkhidmatan kepada pesawat Iran akan berdepan sekatan sepenuhnya daripada sistem perbankan AS.

Beliau memberi amaran bahawa pengendali asing tidak boleh mengisi minyak pesawat, menyediakan kemudahan pendaratan atau menjual tiket penumpang tanpa mengambil risiko kehilangan akses kepada urus niaga dalam dolar AS.

Pegawai Iran tidak segera mengeluarkan kenyataan awam berhubung sekatan penerbangan yang dirancang itu.

Sekatan terhadap sektor penerbangan itu berlaku ketika Washington meningkatkan langkah ekonomi terhadap Tehran di bawah Operation Economic Fury, susulan perang Iran yang kini memasuki bulan ketujuh.

Perang itu bermula pada akhir Februari selepas serangan bersepadu oleh AS dan Israel yang mencetuskan gangguan maritim di Selat Hormuz, pertukaran serangan peluru berpandu serantau yang berterusan serta tekanan yang semakin meningkat terhadap saluran komersial dan kewangan Iran.

— BERNAMA-ANADOLU