Seorang maut, dua masih hilang dalam letupan paip gas di Medan

HomeFeaturedBerita Semasa

Seorang maut, dua masih hilang dalam letupan paip gas di Medan

JAKARTA,. Seorang maut manakala dua lagi masih hilang dipercayai tertimbus dalam kejadian letupan paip gas bawah tanah di Medan Polonia, Medan, Sumate

Keputusan CAS: FIFA maklum ahli bersekutu – FAM
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Majlis Media Malaysia sambut baik langkah rujuk RUU Kebebasan Maklumat 2026 kepada JKPK

JAKARTA,. Seorang maut manakala dua lagi masih hilang dipercayai tertimbus dalam kejadian letupan paip gas bawah tanah di Medan Polonia, Medan, Sumatera Utara pada Isnin petang.

Dalam kejadian itu, sebuah rumah musnah manakala tujuh lagi bangunan mengalami kerosakan.

Ketua Pejabat Mencari dan Menyelamat (SAR) Medan Hery Marantika berkata mayat mangsa pertama ditemukan kira-kira 2.20 pagi Selasa.

“Kini, pasukan SAR terus melaksanakan pencarian secara intensif,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Berdasarkan maklumat awal, seramai tujuh individu berada di dalam rumah berkenaan ketika letupan berlaku. Empat daripada mereka berjaya menyelamatkan diri.

Hery berkata pihaknya turut mengoptimumkan penggunaan peralatan mencari dan menyelamat bandar (USAR), termasuk dron pengimejan haba dan jengkaut untuk mengesan mangsa.

Keselamatan anggota penyelamat kekal menjadi keutamaan berikutan struktur bangunan yang masih tidak stabil dan berisiko mengalami pergerakan, katanya.

SUMBER;

–BERNAMA