Shafi Azswad lengkapkan Skuad Brad Maloney dalam saingan AFF B-23

Shafi Azswad lengkapkan Skuad Brad Maloney dalam saingan AFF B-23

KUALA LUMPUR,. Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) II Shafi Azswad Sapari dipanggil bagi memperkukuhkan Skuad Bawah-23 tahun (B-23) di bawah kendalian Brad Maloney dalam Kejuaraan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) B-23 2022 di Phnom Penh, Kemboja bermula dari 14 hingga 26 Februari ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada Ahad, pemain berusia 21 tahun itu dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh pada semalam.

“Shafi Azswad akan mula menyertai latihan bersama pasukan selepas memperoleh keputusan ujian tindak balas rantai polimerase (PCR) setibanya di sana,” menurutnya.

Beliau akan menggantikan Fahmi Daniel Zaaim yang disahkan positif COVID-19 ketika menjalani ujian PCR selepas tiba di sana Jumaat lepas.

Rabu lepas, pemain dari Terengganu FC, Muhammad Safwan Mazlan terlepas peluang untuk mewakili negera selepas disahkan positif COVID-19.

Skuad kendalian Maloney akan memulakan saingan Kumpulan B menentang Myanmar pada Selasa ini dan Laos pada Jumaat di Stadium Prince, Phnom Penh.

–BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)