Sidang Kemuncak Majlis Bunga Dunia berlangsung di Vietnam

Sidang Kemuncak Majlis Bunga Dunia berlangsung di Vietnam

HANOI,. Sidang Kemuncak Majlis Bunga Sedunia (WFC) ke-37 dijadualkan berlangsung di bandar Da Lat, di Lam Dong Vietnam dari 8 hingga 12 Sept, acara yang julung kali diadakan di negara Asia Tenggara.

Bertemakan “Vietnam-Blooming with timeless charm”, acara itu dijangka menyaksikan kehadiran lebih 500 delegasi yang terdiri pereka terkenal, pakar, pengubah bunga dan saintis dari lebih 20 negara.

Majlis perasmiannya di Universiti Da Lat itu akan menyaksikan persembahan 12 pereka antarabangsa serta pertandingan gubahan bunga yang melibatkan penyertaan 40 peserta tempatan dan luar negara.

Pelbagai aktiviti telah diatur di sepanjang acara lima hari itu, termasuk pameran bunga serta bengkel gubahan buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga, dengan pertunjukan fesyen bunga dijangka menarik tumpuan pengunjung.
Sidang Kemuncak anjuran WFC itu pertama kali diadakan pada tahun 1995.

–BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)