SINGAPURA, HONG KONG PERBAHARUI KERJASAMA TINGKAT KESELAMATAN, DAYA TAHAN TENAGA

HomeFeaturedBerita Semasa

SINGAPURA, HONG KONG PERBAHARUI KERJASAMA TINGKAT KESELAMATAN, DAYA TAHAN TENAGA

SINGAPURA,. Singapura dan Hong Kong telah memperbaharui satu perjanjian kerjasama tenaga bagi memperkukuh keselamatan dan daya tahan tenaga, termasuk

Ramalan dijangkakan dibut petir, dan hujan lebat di lapan negeri sehingga tengah hari ini
PM akan lancar Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035 hari ini
Konflik Asia Barat serlah keperluan ke arah keterjaminan dan peralihan tenaga

SINGAPURA,. Singapura dan Hong Kong telah memperbaharui satu perjanjian kerjasama tenaga bagi memperkukuh keselamatan dan daya tahan tenaga, termasuk dalam bidang baharu seperti kecerdasan buatan (AI) dan grid kuasa digital.

Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) Singapura dan Jabatan Perkhidmatan Elektrik dan Mekanikal (EMSD) Hong Kong dalam satu kenyataan bersama pada Isnin memaklumkan bahawa memorandum persefahaman (MoU) yang diperbaharui itu dibina berasaskan satu perkongsian yang diwujudkan pada 2020.

“MoU yang diperbaharui ini akan menyediakan rangka kerja yang lebih luas untuk mempromosikan kerjasama dan perkongsian amalan kawal selia dalam tiga bidang utama,” menurut kenyataan itu.

Kerjasama itu merangkumi sistem elektrik dan gas, tenaga boleh baharu, kecekapan dan pemuliharaan tenaga, penyejukan daerah, AI dan pengintegrasian tenaga, serta teknologi karbon rendah.

Perjanjian berkenaan turut memperuntukkan kerjasama dalam forum pelbagai hala, termasuk Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC), Minggu Tenaga Antarabangsa Singapura (SIEW) dan Simposium EMSD.

“Aktiviti antara kedua-dua pihak akan disokong melalui perkongsian pengetahuan dan pengalaman, serta kerjasama teknikal menerusi program latihan dan pertukaran,” katanya.

— BERNAMA