Sistem Pam Gagal Beroperasi, MB Selangor Arah Tindakan Segera Elak Banjir Berulang

Sistem Pam Gagal Beroperasi, MB Selangor Arah Tindakan Segera Elak Banjir Berulang

SABAK BERNAM — Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memberi amaran bahawa kegagalan sistem pam kawalan banjir yang tidak dapat berfungsi akibat tiada bekalan elektrik boleh membawa risiko banjir berulang jika langkah segera tidak diambil.

Beliau berkata, kawasan seperti Taman Sri Muda yang sering menjadi mangsa banjir memerlukan tindakan pantas, dan kelewatan penyambungan bekalan daripada TNB telah menjejaskan keseluruhan proses pengurusan banjir.

“Kita tak boleh tunggu. Kalau hujan lebat berlaku lagi, kawasan ini akan terus tenggelam,” katanya.

Amirudin menegaskan kerajaan negeri akan mempercepat projek infrastruktur banjir dan memantau rapat kerja-kerja teknikal bagi memastikan sistem pam beroperasi 24 jam apabila diperlukan.

gerbangpost.com

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )