
Soo Wincci, Miss World Malaysia pertama merangkul gelaran Prof Madya, menerima pengiktirafan MBOR
Miss World Malaysia pertama yang mendapat gelaran gelaran Prof Madya, Dr Soo Wincci
Ratu cantik, SOO Wincci dengan gelaran Miss World Malaysia mencipta sejarah sebagai yang pertama dilantik sebagai Profesor Madya dalam bidang muzik.
Gelaran itu juga melayakkannya untuk mendapat pengiktirafan dari Malaysia Book Of Records (MBOR), pada 1 April.
Kini dia kembali dari Sepanyol untuk berkhidmat sebagai pensyarah di Fakulti Muzik Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.
Soo Wincci berkata pengorbanan dan kerja keras itu amat berbaloi.
Dari seorang ratu cantik, pergi mencari ilmu dan menimba pengalaman adalah sesuatu yang amat bermakna.
“Saya kini menjadi salah seorang tenaga pengajar di UiTM dan mengajar dalam bidang produksi muzik dan perniagaan,” katanya.
Soo Wincci berkata semuanya berjalan lancar buat masa ini. Selepas penat lelah belajar dan membuat kerja sambilan untuk menampung pengajiannya sebelum ini.
“Saya masih berulang-alik ke Valencia, Sepanyol dan selalunya semasa cuti semester, saya juga menjalankan kelas maya semasa saya berada di sana “.
“Kini saya berada di UiTM hampir setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad. Jadi ia tidak mengganggu kerja seni saya,” katanya.
Dia juga sedang menumpukan untuk melengkapkan pengajian untuk ijazah doktor falsafah (PhD) yang kedua.
“PhD kedua ini adalah dalam bidang penghasilan artistik dengan hanya tinggal satu lagi sesi latihan industri”.
“Saya menyasarkan lapan PhD sebenarnya. Sekarang hanya dua. Mungkin PhD ketiga saya dalam jurusan undang-undang antarabangsa. Saya belum memutuskan untuk melanjutkan pelajaran di universiti yang mana,” katanya.
Soo Wincci turut berpuasa sempena jati diri dan semangat Malaysia yang tinggi padi dirinya. Dan ini bukanlah pertama kali baginya. Dia berkata ini adalah tahun ke-11 dia berpuasa.
“Saya berpuasa selama tiga tahun di Sepanyol dan kali ini di Malaysia. Perasaan berpuasa di negara sendiri agak berlainan sedikit”.
“Saya rindu berpuasa di negara sendiri,” katanya yang juga menjadi ikon Islamic Relief Malaysia.
-Faisal