SPR Buka Semakan Daftar Pemilih Tambahan Disember 2024

SPR Buka Semakan Daftar Pemilih Tambahan Disember 2024

22 Januari 2025, / PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan bahawa semakan Daftar Pemilih Tambahan Disember 2024 (DPT BLN12/2024) kini dibuka untuk tempoh 30 hari bermula hari ini hingga 22 Februari 2025.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak, berkata DPT BLN12/2024 yang diwartakan hari ini menyenaraikan 42,333 individu berusia 18 tahun ke atas yang telah didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu antara 1 hingga 31 Disember 2024. Selain itu, ia turut merangkumi 7,844 pemilih yang telah bertukar bahagian pilihan raya dan 2,814 pemilih yang menukar kategori pengundi atau status mereka.

Ikmalrudin menggesa warganegara berusia 18 tahun ke atas yang telah mendaftar antara 1 hingga 30 Disember 2024, serta pemilih yang telah memohon untuk menukar bahagian pilihan raya atau status mereka, supaya menyemak nama mereka dalam DPT BLN12/2024.

Bagi memudahkan semakan, SPR menyediakan lima saluran semakan, termasuk portal rasmi SPR di https://www.spr.gov.my dan https://mysprsemak.spr.gov.my, portal Pejabat Pilihan Raya Negeri di http://ppn.spr.gov.my, aplikasi dalam talian di https://myspr.spr.gov.my, aplikasi mudah alih MySPR Semak, serta talian semakan di 03-88927218.

Sekiranya nama seseorang tidak tersenarai dalam DPT BLN12/2024, mereka boleh mengemukakan tuntutan dengan mengisi Borang C melalui aplikasi dalam talian atau dengan hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang terdekat.

gerbangpost.com

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )