Stadium Merdeka,kembali bergegar dengan sorakan malam ini Piala Sultan Selangor

KUALA LUMPUR.. malam ini stadium Merdeka kembali bergegar dengan sorakan penonton apa bila piala sultan selangor
yang juga piala tradisi antara Selangor dan Singapura sememangnya Dua musuh tradisi, Selangor dan Singapura kembali berentap pada kejohanan merebut piala berprestij, Piala Sultan Selangor (TSSC) 2024.

Pada Aksi sebelum ini yang berlangsung pada 2019 yang menyaksikan pasukan Pilihan Selangor menewaskan Pilihan Singapura 1-0 untuk merangkul gelaran kali kesembilan.

Selepas itu acara tradisi ini tertangguh pada 2020 akibat pandemik COVID-19 dan kini, pentas pertarungan epik dua pasukan kembali menemui penonton antara 2 pasukan ini.


Berbeza acara pada tahun ini perlawanan dilangsungkan di gelanggang bersejarah, Stadium Merdeka Berkapasiti kira-kira 20,000 penonton, Stadium Merdeka menjadi antara tempat pertemuan pasukan Selangor dan Singapura.

Maka, tidak hairanlah mengapa saingan Piala Sultan Selangor 2024 dianggap bakal menggamit lebih banyak nostalgia dan kenangan, terutama bagi legenda bola sepak Selangor dan penyokong kedua-dua pasukan.

Pemilihan Stadium Merdeka sebagai venue Piala Sultan Selangor 2024 ramai bekas pemain Gergasi Merah pasukan veteran Selangor juga berhasrat dapat bermaian pada malam ini.

“Itulah keseronokan Piala Sultan Selangor. Begitu juga penonton dan kalau kita tengok suasana awal dengan tiket semuanya habis dijual sebelum ini juga membuktikan Piala Sultan Selangor ada daya tarikan tersendiri.


“Terima kasih kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kerana mencipta kejohanan Piala Sultan Selangor. Kita harap kejohanan ini dapat diteruskan bagi mengekalkan nostalgia kedua-dua pasukan.”

Pasukan Pilihan Selangor bergelar juara Piala Sultan Selangor sebanyak sembilan kali iaitu pada 2001, 2003, 2005, 2008, 2012, 2013, 2014, 2018 dan 2019.

Pasukan Pilihan Singapura pula menjuarai sebanyak tujuh kali iaitu pada 2006, 2007, 2009, 2010, 2011, 2016 dan 2017.

–GERBANGPOST

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )