Straits Mobile Investment setuju kurangkan pegangan saham dalam U Mobile kepada 20 peratus

Straits Mobile Investment setuju kurangkan pegangan saham dalam U Mobile kepada 20 peratus

KUALA LUMPUR: Straits Mobile Investment Pte Ltd, yang dimiliki sepenuhnya oleh ST Telemedia, bersetuju dengan penyelarasan strategik pemilikan pegangan sahamnya dalam U Mobile kepada 20 peratus daripada 49 peratus, sekali gus meningkatkan peratusan pemilikan tempatan.

Menurut U Mobile, pihaknya bersedia untuk menerajui rangkaian 5G kedua sejajar dengan keutamaan negara, melalui pengukuhan penglibatan dan penyertaan syarikat tempatan dalam infrastruktur telekomunikasi yang penting.

“Walaupun pemilikan oleh syarikat asing dalam sektor telekomunikasi merupakan perkara biasa, namun strategi U Mobile mengutamakan pertumbuhan ekonomi dan pengukuhan pemilikan oleh entiti tempatan.

“Peningkatan pemilikan tempatan ini menyokong dedikasi U Mobile kepada kepentingan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

U Mobile menyatakan bahawa mereka percaya bahawa rangkaian 5G yang kedua akan membolehkan lebih banyak perkhidmatan dan harga yang lebih rendah untuk rakyat sambil mengekalkan persaingan yang sihat.

“U Mobile akan terus memperkenalkan produk dan perkhidmatan baharu sambil melancarkan rangkaian 5G kedua dan memberi jaminan kepada semua pihak berkepentingan bahawa ia akan terus disokong tanpa bergantung kepada kerajaan.”

gerbangpost.com

CATEGORIES
Share This