
Sultan Pahang: Ambil Tindakan Tegas, Tapi Selesaikan Secara Harmoni
KUANTAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru agar isu pencerobohan tanah di negeri ini ditangani dengan pendekatan yang seimbang – tegas terhadap pesalah, namun diplomatik dalam penyelesaian.
Titah baginda ketika majlis sambutan Aidilfitri di Kampung Bantal, Jerantut itu jelas menunjukkan keprihatinan baginda terhadap isu yang semakin meruncing, termasuk kes-kes penerokaan tanah pertanian tanpa kebenaran.
“Sudah tiba masanya kita bertegas, tetapi saya harap ia diselesaikan secara baik, tidak timbul konflik yang memecah belahkan masyarakat,” titah baginda.
Baginda turut menyeru rakyat menjadi rakan kepada pihak berkuasa dengan melaporkan aktiviti tidak sah, sekali gus membantu memelihara keharmonian dan kelestarian tanah Pahang.