Super 1000 diperluas kepada lima kejohanan bermula 2027 – BWF

HomeFeaturedSukan Dan Kesihatan

Super 1000 diperluas kepada lima kejohanan bermula 2027 – BWF

KUALA LUMPUR,. Persekutuan Badminton Dunia (BWF) akan memperluas kategori Super 1000 kepada lima kejohanan bermula tahun depan sebagai sebahagian dari

Mohamad, Balakrishnan bincang persiapan Sesi Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura Ke-12
Kemarau antara faktor cetus virus KHV aktif ancam ikan pelian – Jamawi
Iran dakwa serangan AS sasar loji kuasa nuklear dalam pembinaan

KUALA LUMPUR,. Persekutuan Badminton Dunia (BWF) akan memperluas kategori Super 1000 kepada lima kejohanan bermula tahun depan sebagai sebahagian daripada penyusunan semula Jelajah Dunia BWF.

BWF dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan, setiap kejohanan Super 1000 akan berlangsung selama 11 hari, merangkumi dua hujung minggu, sebagai sebahagian daripada penambahbaikan menyeluruh dalam jelajah yang turut merangkumi kategori Super 750, Super 500, Super 300 dan Super 100.

Menurut BWF Malaysia, China, England dan Indonesia akan menjadi tuan rumah kejohanan Super 1000, manakala Denmark dinaik taraf daripada status Super 750 kepada Super 1000 di bawah pembaharuan struktur Jelajah Dunia.

“Kejohanan Dunia BWF akan menggunakan format kumpulan diikuti pusingan kalah mati, memastikan semua pemain beraksi sekurang-kurangnya dua perlawanan. Langkah ini mengurangkan penyingkiran awal dan meningkatkan penglibatan peminat di lebih banyak pasaran.

“Pengenalan format dua minggu di lebih banyak peringkat kejohanan adalah satu penambahbaikan yang dirancang untuk memperbaiki kondisi permainan bagi pemain-pemain terkemuka dunia,” menurut kenyataan itu.

BWF memaklumkan, hadiah wang tunai ditingkatkan bagi semua peringkat kejohanan, dengan Super 1000 menawarkan USD2 juta (RM7.87 juta), meningkat daripada USD1.45 juta (RM5.71 juta) pada 2026.

Hadiah untuk Super 750 pula meningkat kepada USD1.1 juta (RM4.33 juta) daripada USD950,000 (RM3.74 juta), manakala acara Super 500 meningkat kepada USD560,000 (RM2.2 juta) daripada USD500,000 (RM1.97 juta).

— BERNAMA