SURI RUMAH RUGI LEBIH RM100,000 DIPERDAYA SINDIKET PELABURAN TIDAK WUJUD

HomeFeaturedJenayah

SURI RUMAH RUGI LEBIH RM100,000 DIPERDAYA SINDIKET PELABURAN TIDAK WUJUD

KUALA TERENGGANU,. Seorang suri rumah kerugian sebanyak RM111,631.25 selepas diperdaya sindiket pelaburan tidak wujud secara dalam talian.Ketua Po

Kes tembak di stesen minyak: Tiga lelaki tempatan ditahan
Anggota polis dihanyut arus deras di Sepang ditemukan lemas
Penghantar barang didakwa ugut pembantu kedai gunting rambut

KUALA TERENGGANU,. Seorang suri rumah kerugian sebanyak RM111,631.25 selepas diperdaya sindiket pelaburan tidak wujud secara dalam talian.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata mangsa yang berusia 56 tahun telah melihat iklan skim pelaburan dengan keuntungan lumayan dalam masa singkat menerusi laman sosial Facebook.

Beliau berkata mangsa yang tertarik telah menghubungi suspek melalui aplikasi WhatsApp untuk mendapatkan penerangan tentang cara serta syarat pelaburan.

“Mangsa telah membuat 16 kali pindahan wang ke enam akaun bank berbeza berjumlah RM111,631.25 dari tempoh 15 Okt hingga 16 Nov lepas menggunakan wang simpanannya.

“Bagaimanapun, selepas selesai membuat bayaran, mangsa tidak menerima sebarang keuntungan dan usaha menghubungi suspek juga gagal,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Azli berkata mangsa membuat laporan polis pada 11.30 pagi semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

— BERNAMA