SYARIKAT JUALAN KERETA RUGI LEBIH RM400,000 DIPERDAYA “PHONE SCAM”

HomeFeaturedJenayah

SYARIKAT JUALAN KERETA RUGI LEBIH RM400,000 DIPERDAYA “PHONE SCAM”

KUALA TERENGGANU,. Sebuah syarikat jualan kereta di sini kerugian RM452,000 selepas diperdaya sindiket penipuan melalui telefon atau phone scam.Ke

Jawatankuasa khas ditubuh teliti kesan kenaikan harga diesel terhadap pertanian – KPKM
Ketua Pengarah JAPEN Santuni Mentor, Hargai Jasa Veteran Jabatan
NETFLIX PEROLEH HAK PENYIARAN EKSKLUSIF PIALA DUNIA 2030 DI SEPANYOL, ANDORRA

KUALA TERENGGANU,. Sebuah syarikat jualan kereta di sini kerugian RM452,000 selepas diperdaya sindiket penipuan melalui telefon atau phone scam.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata pada Isnin lepas, kerani kewangan syarikat berkenaan menerima pesanan WhatsApp daripada suspek yang menyamar sebagai pemilik syarikat.

Beliau berkata suspek mengarahkan wanita berusia 50 tahun itu supaya mengemukakan baki akaun dan membuat tiga pindahan wang berjumlah RM452,000 ke tiga akaun berbeza pada hari yang sama.

“Bagaimanapun sehari selepas itu, suspek mengarahkan mangsa membuat tambahan pindahan wang sebanyak RM235,000 ke satu akaun lain.

“Mangsa yang hairan dan curiga kerana permintaan transaksi yang banyak bertindak menghubungi pemilik syarikat melalui telefon untuk mengesahkan perkara tersebut, namun dinafikan,” katanya.

Azli berkata mangsa yang menyedari ditipu telah membuat laporan polis pada 11.19 pagi semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

— BERNAMA