Tender antarabangsa Dayang Enterprise dijangka jana pertumbuhan pada 2027

HomeFeaturedBusiness

Tender antarabangsa Dayang Enterprise dijangka jana pertumbuhan pada 2027

KUALA LUMPUR,. AmInvestment Bank Bhd menjangkakan tender penyelenggaraan antarabangsa Dayang Enterprise Holdings Bhd (DEHB) akan terus memberikan berp

Ringgit dibuka tinggi pada pagi ini
Ringgit dibuka tinggi pada pagi ini
Ringgit kembali mengukuh pada pagi ini

KUALA LUMPUR,. AmInvestment Bank Bhd menjangkakan tender penyelenggaraan antarabangsa Dayang Enterprise Holdings Bhd (DEHB) akan terus memberikan berpotensi menjana pertumbuhan kepada penyedia perkhidmatan minyak dan gas luar pesisir itu pada 2027.

Bank pelaburan itu dalam nota penyelidikan hari ini memaklumkan DEHB sedang membida kontrak kerja bernilai RM1 bilion di Arab Saudi dan US$300 juta (US$1=RM4.03) di Brunei.

“DEHB telah menerima jemputan untuk membida daripada kontraktor utama Arab Saudi untuk kontrak bernilai RM1 bilion, di bawah perkongsian tempatan dengan nisbah 50:50, walaupun perbincangan masih pada peringkat awal.

“Di Brunei, ia adalah usaha sama pada nisbah pegangan 50:50 dengan Petrokon Utama, ditubuhkan pada 27 Mei, sedang membida kontrak penyelenggaraan, pembinaan dan pengubahsuaian selama tiga tahun bernilai US$250 juta serta skop pengangkutan dan pemasangan selama satu tahun bernilai US$50 juta,” menurut kenyataan itu.

AmInvestment Bank mengunjurkan teras pendapatan DEHB akan meningkat semula sebanyak 102 peratus pada unjuran tahun kewangan 2027 dan 23 peratus pada tahun kewangan 2028, membayangkan kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) 58 peratus bagi tempoh tahun kewangan 2026 hingga tahun kewangan 2028.

“Kami mengekalkan saranan ‘beli’ ke atas DEHB dengan harga sasaran yang lebih rendah pada RM2.00 sesaham daripada RM2.30 sebelum ini.

“ AmInvestment Bank terus kekal positif terhadap DEHB sebagai penerima manfaat daripada perbelanjaan modal huluan yang lebih tinggi dan penyelesaian muktamad Petronas-Petros yang akan menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan di Sarawak,” menurut kenyataan itu.

–BERNAMA