Tentera Darat Guna Dron Perketat Kawalan Sempadan Kelantan-Thailand

Tentera Darat Guna Dron Perketat Kawalan Sempadan Kelantan-Thailand

Tentera Darat Malaysia kini memperkukuh kawalan di sempadan Kelantan-Thailand dengan penggunaan dron bagi memantau kawasan sukar diakses, sebagai langkah mengekang aktiviti penyeludupan.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan berkata, pemantauan menggunakan dron digabungkan dengan rondaan berkala oleh anggota darat dalam Operasi Merpati yang dijalankan di Pos Tok O, Rantau Panjang.

“Keadaan masih terkawal, namun kita kekal waspada terutama musim perayaan,” katanya.

TDM kini mengoperasikan 11 pos kawalan sepanjang Sungai Golok dengan penglibatan 300 anggota. Beliau turut menegaskan bahawa tiada ancaman langsung dari insiden serangan di selatan Thailand setakat ini.

gerbangpost.com

CATEGORIES
Share This