
Tentera Udara India alami dua kemalangan dalam sehari
NEW DELHI,. Tentera Udara India (IAF) mengalami dua kemalangan dalam sehari yang melibatkan sebuah pesawat pengangkut dan sebuah pesawat pejuang.
Tentera udara itu kehilangan sebuah pesawat Jaguar di Ambala, Haryana ketika menjalani latihan rutin pada Jumaat selepas mengalami kerosakan sistem.
“Juruterbang telah mengemudi pesawat menjauhi kawasan penempatan sebelum berjaya menyelamatkan diri dengan kerusi anjal,” menurut kenyataan IAF.
Sementara itu, sebuah pesawat pengangkut AN-32 melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Bagdogra di Bengal Barat pada hari yang sama.
Tiada kehilangan nyawa dilaporkan dalam kejadian itu.
— BERNAMA