Titik panas di Indonesia melonjak kepada 1,104, Kalimantan paling teruk terjejas

HomeFeaturedBerita Semasa

Titik panas di Indonesia melonjak kepada 1,104, Kalimantan paling teruk terjejas

JAKARTA,. Jumlah titik panas kebakaran di seluruh Indonesia melonjak lebih empat kali ganda kepada 1,104 pada Ahad, dengan Kalimantan paling teruk ter

Kematian pempengaruh Taiwan: Jaminan polis terhadap Namewee disambung hingga 10 Dis
Pelajar perempuan berjaya selamatkan diri daripada diculik
Maybank rancang perkenal aplikasi perbankan runcit baharu ganti MAE

JAKARTA,. Jumlah titik panas kebakaran di seluruh Indonesia melonjak lebih empat kali ganda kepada 1,104 pada Ahad, dengan Kalimantan paling teruk terjejas apabila kebakaran hutan dan tanah yang berlarutan terus menghasilkan asap dan jerebu, sekali gus memburukkan kualiti udara di beberapa wilayah.

Kementerian Kehutanan memaklumkan jumlah titik panas kebakaran hutan dan tanah meningkat daripada 270 pada Sabtu, dengan Kalimantan Tengah mencatatkan peningkatan paling ketara kepada 495 titik panas berbanding 92 pada hari sebelumnya, manakala Kalimantan Barat meningkat kepada 174 daripada 22.

Kementerian itu menerusi platform media sosialnya memaklumkan peningkatan mendadak itu berlaku selepas beberapa hari jumlah titik panas kekal agak rendah di Kalimantan Tengah dan Kalimantan Barat walaupun operasi pemadaman kebakaran diteruskan.

Menurut kementerian itu, sebanyak 61 pesawat masih diatur gerak di kedua-dua wilayah itu, termasuk 44 bagi operasi pemadaman kebakaran menggunakan kaedah water bombing dan 17 bagi rondaan udara serta operasi modifikasi cuaca.

Kualiti udara merosot ke tahap sangat tidak sihat dan berbahaya di sebahagian besar Kalimantan Tengah, manakala Kalimantan Barat, Kalimantan Selatan dan Kalimantan Timur mencatatkan kualiti udara pada tahap tidak sihat hingga sangat tidak sihat.

Kalimantan Tengah dan Kalimantan Barat merupakan antara enam kawasan keutamaan bagi operasi pemadaman kebakaran, di samping Sumatera Selatan, Kalimantan Selatan, Jambi dan Riau.

“Pasukan gabungan terus menangani kebakaran hutan dan tanah menerusi operasi pemadaman di darat, water bombing, rondaan udara serta langkah pencegahan dan kawalan di kawasan keutamaan,” menurut kementerian itu.

Sumatera Selatan mencatatkan 51 titik panas pada Ahad, meningkat daripada sembilan pada Sabtu, manakala Kalimantan Selatan merekodkan 19 berbanding dua. Jambi pula merekodkan sembilan titik panas selepas tiada sebarang titik panas direkodkan pada hari sebelumnya, manakala Riau kekal sifar.

Secara berasingan, Kementerian Pengangkutan memaklumkan jerebu menjejaskan 2,458 penerbangan domestik berjadual di seluruh negara antara 11 Ogos hingga 17 Okt, menurut laporan agensi berita Antara.

Ketua Pengarah Penerbangan Awam Lukman F Laisa berkata gangguan itu melibatkan 1,080 penerbangan yang mengalami kelewatan, 1,324 penerbangan dibatalkan atau ditangguhkan, 22 dilencongkan ke lapangan terbang lain, enam terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang berlepas dan 26 dijadualkan semula untuk berlepas lebih awal.

— BERNAMA