“Town Hall Royalti Artis” Anjuran Bersama Untuk Cuba Selesaikan Masalah Royalti Artis

“Town Hall Royalti Artis” Anjuran Bersama Untuk Cuba Selesaikan Masalah Royalti Artis

Keterujaan artis rakaman tentang pindaan kepada Akta Hakcipta 23 tahun yang lepas malangnya tukar menjadi kekecewaan apabila sehingga sekarang mereka belum lagi menerima royalti ini dalam satu kaedah yang konsisten.

“Karyawan rasa perkara ini berlaku atas beberapa sebab. Antaranya ialah kegagalan ramai artis untuk mengetahui hak mereka dalam soal royalti muzik dan ambil tindakan untuk menuntut hak itu. Apa yang kita lihat ialah ramai artis masih kabur dengan perkara ini dan tidak ketahui apa yang berlaku. Apa yang pasti adalah mereka tidak dapat royalti secara konsisten seperti yang dijanji oleh pelbagai pihak sebelum ini” kata Datuk Freddie Fernandez, Presiden Persatuan Karyawan Malaysia.

“Satu lagi sebab atas kegagalan ini adalah kerana orang yang telah dilantik untuk mengendalikan badan kutipan artis tidak menjalankan tugas mereka secara professional. Dari tahun 2000 apabila Akta Hakcipta dipinda, sehingga sekarang sudah ada tiga badan yang telah buat macam-macam janji untuk memperjuangkan perkara ini berhabis-habisan tetapi apa yang telah berlaku adalah sebaliknya.”

“Dua antara tiga badan yang telah ditubuhkan untuk mengutip royalti artis telah pun tutup operasi. Badan tunggal yang tinggal pula tidak berfungsi dengan sempurna sehingga tiada sebarang berita tentang perkembangan baru mereka dan tiada pembayaran royalti secara konsisten. Mereka yang menjalankan badan tersebut juga tidak arif tentang perkara royalti dan hakcipta” kata Freddie.

“Kami rasa sudah sampai masanya kami panggil semua artis rakaman untuk memberitahu mereka apa yang telah berlaku sejak 23 tahun yang lepas serta memohon persetujuan mereka untuk mengambil beberapa langkah yang kami anggap patut dilakukan untuk menyeselaikan masalah ini secara menyeluruh” kata beliau.

“Antara cadangan yang kami ingin mengemukakan ialah untuk balik kepada sistem badan kutipan tunggal yang telah digunakan sebelum ini dan telah mencapai kejayaan apabila mendapatka sokongan semua pengguna-pengguna dan premis yang menggunakan muzik di tempat awam” kata Freddie.

“Dengan adanya teknologi yang terbaharu, kami anggap bahawa badan kutipan tunggal adalah jalan terbaik dan akan berjaya menyelesaikan segala maslah yang wujud dalam system kutipan sekarang. Ini yang kami ingin terangkan kepada ahli-ahli kami yang akan hadir pada Town Hall tersebut untuk mendapatkan persetujuan dan mandat dari mereka untuk meneruskan dengan rancangan ini” kata beliau.

“Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada KPDN, khususnya Ketua Setiausahanya Datuk Azman Mohd Yusof yang telah memberi sokongan penuh kepada usaha untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk mengatasi masalah royalti artis ini yang telah berlarutan selama lebih dua dekad. Dengan komitmen dan dedikasi seperti ini kami rasa sudah sampai ke satu tahap di mana penyelesaian terhadap masalah ini pun sudah dekat”

Kami menjemput semua artis rakaman tak kira penyanyi, pemuzik atau pun penyanyi latar untuk menghadiri “Town Hall” tersebut dan memberi sokongan kepada usaha murni yang dilakukan oleh KPDN dan Karyawan untuk mencari penyelesaian kepada masalah ini, yang telah membelenggu industri muzik tanahair selama ini” kata beliau.

Town Hall yang bertajuk “Polemik Royalti: Sampai Bila?” akan diadakan pada 3 petang pada Selasa 29 Ogos di Auditorium MATIC Jalan Ampang Kuala Lumpur. Kehadiran adalah percuma. Untuk sebarang maklumat lanjut sila hubungi Kamal (0123153988) atau Ahmad (0147176276) atau hantar emel kepada [email protected]

-DG

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )