Tujuh individu diselamatkan beberapa hari selepas kapal tenggelam di kepulauan Indonesia

HomeFeaturedBerita Semasa

Tujuh individu diselamatkan beberapa hari selepas kapal tenggelam di kepulauan Indonesia

JAKARTA,. Pasukan penyelamat menemukan tujuh individu yang terselamat selepas sebuah kapal penumpang tenggelam beberapa hari lepas di perairan Kepulau

CRUX INSTITUTE SASAR TIGA KALI GANDA PELAJAR PHD INDONESIA MENJELANG TAHUN DEPAN
Norliza didakwa lagi, kali ini libat wang haram RM13.4 juta
Why you shouldn’t eat best store in bed

JAKARTA,. Pasukan penyelamat menemukan tujuh individu yang terselamat selepas sebuah kapal penumpang tenggelam beberapa hari lepas di perairan Kepulauan Selayar, Indonesia, termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) yang memetik media tempatan pada Ahad.

Kapal penumpang kayu itu karam pada Rabu di perairan barat Pulau Polassi. Seramai 18 lagi individu masih hilang, menurut Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS). Kapal itu membawa 78 penumpang.

Pada Sabtu, lima mangsa terselamat telah diselamatkan oleh sebuah bot nelayan, menurut portal berita tempatan BukamataNews.

Pada Ahad, pasukan mencari dan menyelamat menemukan dua lagi mangsa terselamat, iaitu seorang lelaki dan ibunya, di perairan berhampiran Pulau Sanipa.

— BERNAMA-dpa