UAE jalankan lebih 220,000 ujian makmal untuk COVID-19

UAE jalankan lebih 220,000 ujian makmal untuk COVID-19

ABU DHABI, 30 Mac — Kementerian Kesihatan dan Pencegahan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Ahad mengumumkan ia sudah melakukan lebih 220,000 ujian makmal di seluruh negara bagi mengesan mereka yang positif COVID-19, lapor agensi berita Emiriah Arab Bersatu (WAM).

Ini bermakna ujian yang dilakukan di UAE adalah lebih 22,900 bagi setiap sejuta penduduk, nisbah perlaksanaan ujian saringan ke atas penduduk yang kedua tertinggi di dunia.

Ujian berkenaan dijalankan dengan kerjasama pelbagai pihak berkuasa di negara itu, sebagai sebahagian usaha kerajaan melindungi keselamatan dan kesejahteraan rakyat serta penduduk selain membendung wabak COVID-19.

— BERNAMA

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )