UMNO Sabah Sahkan Kerjasama Dengan PH, Sedia Terima Rakan Politik Lain Dalam PRN17

UMNO Sabah Sahkan Kerjasama Dengan PH, Sedia Terima Rakan Politik Lain Dalam PRN17

KOTA KINABALU – Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengumumkan bahawa partinya telah bersetuju untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17, sambil membuka pintu rundingan kepada parti-parti lain yang ingin menyertai blok tersebut.

“Kita sudah membuat keputusan dalam retreat, dan kita lihat kerjasama ini sebagai satu langkah ke depan. Parti-parti lain juga dialu-alukan untuk bergabung, asalkan mereka serius dan setia,” katanya kepada media.

Beliau turut menjelaskan bahawa walaupun rundingan rasmi akan bermula tidak lama lagi, banyak perbincangan tidak rasmi telah berlangsung dan hubungan antara kedua-dua pihak berada dalam keadaan baik.

Mengulas mengenai pembahagian kerusi, Bung menegaskan keanjalan UMNO Sabah: “Bukan soal berapa banyak kerusi, tetapi siapa yang boleh menang. Kita akan letak calon yang layak, bukan tamak.”

gerbangpost.com

CATEGORIES
Share This