COVID-19: Kes positif global lebih 143 juta, korban 3.05 juta

COVID-19: Kes positif global lebih 143 juta, korban 3.05 juta

JUMLAH keseluruhan penularan jangkitan COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 143 juta. Data Johns Hopkins University menunjukkan angka kes positif kini meningkat kepada 143.33 juta, dengan Amerika Syarikat kekal negara paling terjejas mencatat lebih 31.85 juta kes.

Angka itu diikuti India sebanyak 15.61 juta kes, manakala Brazil dengan 14.04 juta kes.

Rusia, United Kingdom dan Turki pula ialah tiga negara dengan kes melebihi empat juta manakala Perancis, Sepanyol, Jerman dan Itali melebihi tiga juta kes.
Sementara itu, jumlah kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia kini pula sudah melebihi tiga juta kes.

Data menunjukkan Amerika Syarikat negara tertinggi mencatatkan kes kematian iaitu 569,185, diikuti Brazil dengan 378,003 kes, manakala Mexico dan India masing-masing dengan 213,048 dan 182,553 kes.

Turut mencatat angka korban tinggi ialah United Kingdom dan Itali, masing-masing dengan 127,557 dan 117,997 kematian.

-Agensi

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )