
UUM Terus Melakar Kejayaan, Graduan Laku Di Pasaran Kerja
Universiti Utara Malaysia (UUM) tidak sekadar melahirkan graduan, malah membentuk bakat yang bersedia untuk dunia sebenar. Ini terbukti apabila kadar kebolehpasaran graduannya mencecah 96.6% pada tahun 2024.
Naib Canselor, Prof. Datuk Mohd Foad Sakdan menyifatkan pencapaian ini sebagai hasil usaha kolektif yang merangkumi kurikulum holistik, sokongan industri dan dedikasi tenaga pengajar.
“Dengan kadar bekerja mencecah 97.1% mengikut definisi KPT, UUM kekal sebagai destinasi pilihan untuk mereka yang mahu membina masa depan kukuh dalam bidang pengurusan dan perniagaan,” katanya.