VIBES 2.0 permudahkan urusan veteran ATM

VIBES 2.0 permudahkan urusan veteran ATM

KUALA LUMPUR,. Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) dapat meningkatkan kecekapan serta keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada veteran tentera dan tanggungan mereka menerusi portal Veteran Integrated Benefit System (VIBES 2.0).

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari, berkata melalui sistem pangkalan data baharu tersebut, keupayaan pengurusan, pemantauan, pelaporan maklumat warga veteran dan waris akan lebih berkesan.

Katanya, hebahan maklumat pelbagai kemudahan, permohonan, semakan status permohonan, semakan faedah persaraan, tarikh jadual pencen, bantuan kebajikan, kemaskini maklumat peribadi dan waris, tuntutan perubatan serta pengurusan persatuan veteran boleh didapati dalam sistem tersbut.

“Perkhidmatan dalam talian sepenuhnya ini dijangka memberikan manfaat kepada lebih 200,000 warga veteran dan waris mereka,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran awal VIBES 2.0 Go Live dan sesi perjumpaan tahunan persatuan veteran ATM bersama JHEV di Wisma Perwira, Kementerian Pertahanan (MINDEF), di sini, semalam.

Beliau berkata kementerian sentiasa berusaha mencari jalan penyelesaian kerana isu veteran bukan hanya soal pencen tetapi paling besar sekali adalah kebajikan, kesihatan dan pendidikan anak-anak veteran.

Menurutnya, kementerian perlu melihat program jangka panjang untuk veteran bukan sahaja sedia ada tetapi mereka yang akan menjadi veteran.

“Lebih baik kita selesaikan secara menyeluruh,” katanya.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)