JAKARTA,. Rakyat Malaysia kekal sebagai sumber pelancong asing terbesar Indonesia pada Ogos, dengan ketibaan melonjak 28.95 peratus tahun ke tahun kep
JAKARTA,. Rakyat Malaysia kekal sebagai sumber pelancong asing terbesar Indonesia pada Ogos, dengan ketibaan melonjak 28.95 peratus tahun ke tahun kepada 296,227.
Menurut Statistik Indonesia (BPS), pelawat Malaysia menyumbang 18.52 peratus daripada 1.60 juta ketibaan pelancong asing yang dicatatkan pada bulan itu.
“Pelancong asing yang melawat Indonesia pada Ogos 2026 didominasi oleh pemegang pasport Malaysia pada 18.52 peratus, diikuti Australia pada 10.75 peratus dan China pada 10.16 peratus,” menurut statistik pelancongan terbaharu yang dikeluarkan pada Khamis.
Menurut BPS, keseluruhan ketibaan pelancong asing pada Ogos meningkat 6.27 peratus berbanding tahun sebelumnya manakala ketibaan dari Januari hingga Ogos mencecah 10.58 juta, meningkat 5.38 peratus daripada tempoh yang sama pada 2025.
Sementara itu, menurut statistik berkenaan Malaysia juga merupakan destinasi utama luar negara bagi pelancong Indonesia pada Ogos, menyumbang 32.64 peratus daripada perjalanan keluar, diikuti Arab Saudi pada 18.58 peratus dan Singapura 14 peratus.
— BERNAMA

