Warung Tumpuan Penggemar Teah Halia

Warung Tumpuan Penggemar Teah Halia

KUALA LUMPUR,. Gerai tepi jalan lorong titiwangsa,sesiapapun tidak akan menyangka ada sebuah Gerai legenda di KL ini menyajikan salah satu teh halia terbaik selama lebih 40 tahun lebih telah bertapak di tempat tersebut.

Dikenali dengan nama Uncle Maniam,ia lebih suka disapa bergitu yang berusia lebih 73 tahun, Maniam Teh Halia ialah tempat kegemaran orang ramai untuk teh halia sememangnya sukar dicari didalam kuala lumpur ini jika tidak biasa dengan kawasan berikut..


Beliau memasak Menggunakan banyak halia cincang mentah dalam satu periuk bekas membuat airnya sememangnya sukar untuk melihat cara beliau memasaknya hanya dia sendiri yang tahu berapa sukatan dan berapa kemanisan yang secukupnya untuk secawan teah yang menyegarkan bila kita meminumnya.

Hirupan yang pertama sahaja sudah pasti akan mendapat merasakan akan keenakan teh halia tersebut yang kuat dalam setiap tegukan anda sehingga meresap didalam tekak rasanya.

Anda juga boleh memilih Susu Halia atau Halia Kosong mengikut citarasa anda sendiri sememangnya Uncle pembuat teh yang sangat hebat dengan sukatan secukup rasa bagi pelangganya.

Terdapat juga pelbagai jenis kuih – muih tempatan, snek goreng, nasi lemak banyak semasa waktu makan tengah hari. Gandingan yang sesuai untuk teh halia anda.

–GERBANGPOST

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )