Yusri belum berpuas hati di sebalik kemenangan Kelantan

Yusri belum berpuas hati di sebalik kemenangan Kelantan

KOTA BHARU,. Ketua Jurulatih Kelantan Yusri Che Lah masih belum berpuas hati dengan prestasi anak buahnya di sebalik kemenangan 1-0 ke atas Sarawak dalam saingan Liga Premier di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di sini malam tadi.

Sambil menyifatkan kemenangan itu sebagai “rezeki”, beliau mahu anak buahnya meningkatkan kualiti permainan serta tidak dibuai dengan keputusan perlawanan tersebut.

“Kita perlu perbaiki kelemahan yang ada untuk menghadapi dua lagi baki perlawanan,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan itu malam tadi.

Pada perlawanan itu, pemain Kelantan Mohd Nazrin Mohd Nawi menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-84 yang memberi tiga mata kepada pasukan tuan rumah.

Sementara itu, ketua jurulatih Sarawak E. Elavarasan berkata anak buahnya gagal memanfaatkan peluang yang ada selepas menguasai sebahagian besar perlawanan.

“Jika anda menggunakan peluang menjaringkan gol, anda akan memperoleh kemenangan walaupun tidak menguasai perlawanan,” katanya.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )