FESTIVAL MEGA iLINDUNGu KEMBALI, PERKUKUH ASPIRASI KESUMA BERSAMA RAKYAT

HomeFeaturedBerita Semasa

FESTIVAL MEGA iLINDUNGu KEMBALI, PERKUKUH ASPIRASI KESUMA BERSAMA RAKYAT

KUALA LUMPUR,. Kira-kira 60,000 pengunjung dijangka memeriahkan Festival Mega iLINDUNGu yang akan berlangsung di Strand Mall, Kota Damansara dari 18 h

Pemimpin dunia, ketua NGO utus ucapan tahniah kepada Xi Jinping sempena Tahun Baharu Cina
Penjaga gol Palestin Saleem Al-Ashqar maut dalam serangan tentera Israel di Gaza
Iran dakwa sistem pertahanan udaranya tembak jatuh jet pejuang F-15

KUALA LUMPUR,. Kira-kira 60,000 pengunjung dijangka memeriahkan Festival Mega iLINDUNGu yang akan berlangsung di Strand Mall, Kota Damansara dari 18 hingga 20 Sept ini.

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dalam kenyataan hari ini memaklumkan festival berkenaan yang akan berlangsung dari 10 pagi hingga 10 malam menjadi platform penting untuk masyarakat mendapatkan maklumat, khidmat nasihat dan akses secara langsung kepada pelbagai inisiatif perlindungan sosial dalam suasana santai serta mesra keluarga.

“Antara pengisian utama ialah program KESUMA Bersama Rakyat yang mencerminkan komitmen Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) untuk turun padang, mendekati masyarakat serta mendengar sendiri pandangan dan keperluan mereka.

“Keistimewaan penganjuran kali ini lebih terserlah menerusi penyertaan 11 agensi lain di bawah KESUMA seperti Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp), Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp), Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) serta Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA),” menurut kenyataan itu.

PERKESO memaklumkan melalui pendekatan KESUMA Bersama Rakyat, pengunjung bukan sahaja dapat memahami inisiatif perlindungan sosial PERKESO, malah turut berpeluang meneroka pelbagai program berkaitan pekerjaan, pembangunan kemahiran, kebajikan tenaga kerja serta pemerkasaan komuniti yang disediakan oleh keseluruhan ekosistem KESUMA.

Selain menghimpunkan lebih 60 pengusaha makanan dan minuman yang berdaftar di bawah LINDUNG Kendiri antaranya Suka Dessert, Sushika dan Kunafa Aiwahhh, kupon diskaun turut disediakan kepada 100 pencarum terawal.

“Festival ini akan dimeriahkan dengan kehadiran selebriti dan pempengaruh seperti Kamal Adli, Elly Mazlein, Amyza Adnan, Zila Bakarin, Maria Tunku Sabri, Sathiya Kandi, Syazwan Syahmi dan Marc Saddique menerusi sesi meet and greet, bual bicara, audio siar serta pelbagai program interaktif bersama-sama pengunjung.

“Memasuki penganjuran edisi ketiga, festival ini turut menampilkan persembahan artis tempatan antaranya Andi Bernadee, Azza, Abby Abadi dan Cherpen pada Jumaat, diikuti Kartika dan Sofazr pada Sabtu serta persembahan Kristal X dan XPDC sebagai penutup tirai festival pada Ahad,” menurut kenyataan itu.

PERKESO memaklumkan festival itu akan dirasmikan oleh Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan yang turut dijadualkan melancarkan maskot baharu PERKESO.

Festival tersebut bukan sekadar acara hiburan dan kekeluargaan, tetapi juga menjadi medan libat urus antara kerajaan dengan rakyat dalam meningkatkan kesedaran tentang kepentingan perlindungan sosial sepanjang hayat.

Pada program itu, lebih 500 penunggang motosikal bakal menerima pelekat istimewa yang memaparkan inisiatif perlindungan sosial untuk ditampal pada topi keledar mereka selain berpeluang menyertai cabutan bertuah dengan hadiah utama sebuah motosikal.

“Festival ini juga menyediakan pelbagai perkhidmatan PERKESO secara langsung kepada pengunjung. Antaranya saringan kesihatan percuma, agihan topi keledar, semakan caruman, khidmat nasihat faedah dan pendaftaran.

“Selain itu, meneruskan tradisi festival ini, majikan juga berpeluang mendapatkan diskaun hingga 80 peratus bagi Faedah Caruman Lewat Bayar (FCLB). Khusus untuk pencarum yang opt-out LINDUNG 24 Jam, PERKESO menyediakan kaunter khas untuk opt-in semula ke dalam skim berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Selain MYFutureJobs yang akan menganjurkan Karnival LINDUNG Kerjaya membabitkan 25 majikan dengan lebih 2,000 kekosongan jawatan untuk diisi, bimbingan resume dan peluang padanan pekerjaan turut disediakan pada festival itu.

Pengunjung juga boleh menyertai pelbagai aktiviti santai seperti pertandingan zumba bersama-sama Sathiya Kandi, pertandingan fesyen kanak-kanak Dream Job bersama dengan Elly Mazlein, pertandingan mewarna, kuiz LINDUNG, sesi Talent Scout bersama-sama Anne Ngasri, segmen “Dapur iLINDUNGu” yang menampilkan selebriti tempatan serta pameran agensi KESUMA untuk dilawati pengunjung.

— BERNAMA