JENAMA AUTOMOTIF PERTAMA ARAB SAUDI CEER PERKENAL EV

HomeFeaturedBerita Semasa

JENAMA AUTOMOTIF PERTAMA ARAB SAUDI CEER PERKENAL EV

RIYADH,. CEER, jenama automotif pertama Arab Saudi pada Isnin memperkenalkan kenderaan elektrik (EV) pertamanya yang dinamakan EXOBOT, lapor Xinhua.

Fahmi ucap tahniah kepada Nallini atas pelantikan sebagai Pengerusi MMM
Kapal dijangkiti hantavirus dijangka tiba di Kepulauan Canary pada Ahad
Projek rakyat diteruskan, KKR sedia laras skop hadapi kekangan kos – Alexander

RIYADH,. CEER, jenama automotif pertama Arab Saudi pada Isnin memperkenalkan kenderaan elektrik (EV) pertamanya yang dinamakan EXOBOT, lapor Xinhua.

Menurut kenyataan syarikat itu, kenderaan berkenaan yang direka bentuk dan dibangunkan secara tempatan, dihasilkan mengikut piawaian global tertinggi.

Model sedan dan kenderaan utiliti sukan (SUV) EXOBOT merupakan tawaran pertama dalam rangkaian tujuh model yang dirancang untuk dilancarkan dalam tempoh lima tahun akan datang, termasuk kenderaan bersaiz sederhana dan kompak dengan pelbagai pilihan sistem pendorongan.

Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Arab Saudi Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al Saud, yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Dana Pelaburan Awam Arab Saudi yang menubuhkan CEER pada 2022, berkata pelancaran itu menandakan satu lagi langkah ke hadapan dalam usaha Arab Saudi membangunkan ekosistem perindustrian yang mampan dan makmur.

“Langkah itu seterusnya membolehkan sektor automotif memainkan peranan sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonomi menerusi usaha menarik pelaburan, memperkasa bakat tempatan dan memperluas peranan sektor swasta, sekali gus mengukuhkan kedudukan Arab Saudi untuk menjadi hab serantau dan global terkemuka bagi industri ini,” katanya.

— BERNAMA-XINHUA