MHLife 2026 sasar 300,000 pengunjung, penyertaan 250 pempamer

HomeFeaturedBusiness

MHLife 2026 sasar 300,000 pengunjung, penyertaan 250 pempamer

KUALA LUMPUR,. Penganjuran sulung Malaysia Halal Lifestyle Festival (MHLife) 2026 di Dataran Karnival, Stadium Shah Alam, Selangor menyasarkan kehadir

Konflik Asia Barat, harga bahan api yang tinggi jejas untung industri penerbangan pada 2026
Bursa dibuka tinggi pada awalnya kembali menyusut selepa itu
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR,. Penganjuran sulung Malaysia Halal Lifestyle Festival (MHLife) 2026 di Dataran Karnival, Stadium Shah Alam, Selangor menyasarkan kehadiran 300,000 pengunjung dan penyertaan 250 pempamer sepanjang tiga hari penganjuran bermula 23 Okt.

Ketua Pengarah Islamic Tourism Centre (ITC) Mohammad Faisal Abu Suaib Khan berkata kira-kira 30 peratus daripada sasaran pempamer telah mengesahkan penyertaan dengan ITC akan bekerjasama dengan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) bagi menyelaraskan penglibatan setiap negeri.

“MHLife 2026 menjadi festival gaya hidup dan pelancongan mesra Muslim premier yang menghimpunkan pelbagai tawaran merangkumi makanan, fesyen sopan, seni dan budaya, warisan, pelancongan, beli-belah serta hiburan dalam satu destinasi.

“Festival ini direka untuk menawarkan pengalaman interaktif yang melangkau konsep bazar tradisional,” katanya kepada Bernama pada Majlis Prapelancaran MHLife 2026 di Istana Budaya di sini hari ini.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Chua Choon Hwa merasmikan majlis itu.

Festival berlangsung dari 10 pagi hingga 10 malam itu menawarkan kemasukan percuma dan melibatkan 16 pavilion mewakili 13 negeri serta tiga Wilayah Persekutuan.

Mohammad Faisal berkata persembahan seni tradisional makyung yang mendapat pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan akan menjadi antara tarikan utama festival itu.

Pada majlis sama, ITC yang diwakili Mohammad Faisal turut memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Persatuan Hotel Malaysia (MAH) yang diwakili Setiausaha Kehormatnya Datuk Megat Shahrul Azman Abas.

Kerjasama itu menumpukan kepada usaha meningkatkan pengiktirafan dan nilai pasaran pelancongan mesra Muslim, memperkukuh keupayaan industri melalui latihan serta melaksanakan inisiatif promosi dan penglibatan industri secara bersama.

— BERNAMA