NEW DELHI,. Kerajaan tempatan di wilayah ibu negara India, Delhi, pada Isnin mengumumkan beberapa langkah bagi membendung pencemaran udara yang lazimn
NEW DELHI,. Kerajaan tempatan di wilayah ibu negara India, Delhi, pada Isnin mengumumkan beberapa langkah bagi membendung pencemaran udara yang lazimnya bertambah buruk pada musim sejuk dari November hingga Februari, lapor Xinhua.
Langkah berkenaan termasuk menaikkan caj parkir, melarang kerja pembinaan dan perobohan, menetapkan waktu bekerja secara berperingkat, serta mengurangkan 50 peratus jumlah kakitangan yang bekerja di lokasi di pejabat kerajaan dan swasta, dengan perkhidmatan penting dikecualikan.
Langkah itu akan dilaksanakan secara berperingkat mulai 1 November, dengan sebahagian sekatan diteruskan sehingga Februari 2027.
Langkah berkenaan bertujuan mengehadkan sumber pencemaran dan mengurangkan pergerakan kenderaan di ibu negara ketika bulan yang lazimnya menyaksikan kemerosotan ketara kualiti udara.
Delhi, yang mempunyai lebih 30 juta penduduk, merupakan antara bandar paling tercemar di dunia.
Pelepasan daripada aktiviti perindustrian dan trafik kenderaan merupakan antara sumber utama pencemaran udara, selain aktiviti pembinaan yang berleluasa.
Kelajuan angin yang rendah dan pembakaran sisa tanaman atau pembakaran terbuka di kawasan pertanian, di negeri jiran turut menyumbang kepada kemerosotan kualiti udara.
Selama bertahun-tahun, kualiti udara di Delhi menjadi berbahaya apabila musim sejuk semakin hampir.
–BERNAMA-XINHUA

